Port Angry Birds

Semenjak pelancaran sulungnya untuk Apple iPhone dan iPod Touch, Rovio telah mengeluarkan versi-versi Angry Birds untuk peranti-peranti lain. Antara yang terawalnya ialah peranti Nokia N900[41] melalui Ovi Store. Satu versi eksklusif iPad, Angry Birds HD, dikeluarkan pada masa yang sama dengan pelancaran iPad itu sendiri pada April 2010.[55] Pada Ogos 2010, Angry Birds ditawarkan kepada telefon pintar Palm Pre yang menjalankan sistem pengendalian Palm webOS menerusi kedai maya App Catalog.[56] Telefon Symbian^3 turut menerima satu versi permainan ini pada Oktober 2010.[57][58]

Pada Mei 2010, Rovio mengumumkan rancangan untuk membuat satu versi untuk peranti yang menggunakan sistem pengendalian Android oleh Google,[59] disusuli pengeluaran versi beta di seluruh Android Market pada September 2010.[60] Bagaimanapun, versi penuh Android mula-mula dikeluarkan di GetJar pada Oktober 2010,[42] namun ia akhirnya dikeluarkan dalam Android Market tidak lama kemudian.[43] Pihak Rovio menjelaskan bahawa GetJar lebih meluas jangkauannya berbanding Android Market, apatah lagi keterdapatan GetJar di platform telefon pintar yang lain (termasuk Symbian dan Windows Phone 7) akan mempermudah lagi promosi permainan ini merentas platform.[42] Tidak seperti versi-versi terdahulu, Angry Birds untuk Android ialah aplikasi percuma yang disokong iklan, kerana aplikasi berbayar tidak disokong oleh Android di sesetengha negara.[43] Pada 22 Mac 2011, satu versi bebas iklan dikeluarkan dalam Amazon Android Market.

Sebelum akhir 2010, Rovio mengumumkan usahanya untuk membangunkan port baru Angry Birds untuk peranti bukan telefon bimbit. Pada Januari 2011, tiga port sedemikian dilancarkan. Mula-mula, Sony mengumumkan pengeluaran Angry Birds untuk PlayStation Portable dalam bentuk permainan PlayStation mini yang merangkumi hampir 200 tahap daripada permainan asal; versi ini juga boleh dimainkan dalam konsol PlayStation 3.[35][61] Kemudian, Rovio mengumumkan pengeluaran versi Windows permainan ini[62] pada 4 Januari 2011, yang dijual secara eksklusif dari pusat AppUp Intel, dan merangkumi 195 tahap pada mulanya serta rancangan untuk ciri-ciri eksklusif yang tiada pada versi telefon pintar.[63] Sehari selepas versi Windows dikeluarkan, Mac App Store dilancarkan dengan Angry Birds di antara barang jualan pertamanya.[64] Versi Windows Phone 7 dikeluarkan pada 29 Jun 2011.[65]

Angry Birds turut dicadangkan untuk sistem Xbox 360,[3] Wii,[3] Nintendo DS[66] dan Nintendo 3DS[67].

Pada Mei 2011, keluarnya satu versi Angry Birds untuk kegunaan dalam pelayar web yang menggunakan teknologi WebGL dan Canvas dan diedarkan dalam Chrome Web Store untuk digunakan dalam pelayar web Google Chrome. Walaupun boleh dimainkan dalam mana-mana pelayar yang dibolehkan WebGL atau Canvas, namun kandungan eksklusif juga disediakan untuk Chrome sahaja, seperti tahap-tahap eksklusif[68] dan "Chrome Bombs". Permainan ini boleh dimainkan apabila tidak bersambung dengan Internet, dan menampilkan grafik 60 FPS dan pilihan tetapan grafik untuk menampung bermacam-macam keupayaan perkakasan.[69]

Pada Disember 2011, Rovio mengeluarkan Angry Birds HD, Angry Birds Seasons HD dan Angry Birds Rio HD untuk tablet BlackBerry PlayBook dari Research In Motion.[70] Pada Januari 2012, Angry Birds dikeluarkan untuk peranti-peranti yang menggunakan Bada OS.[71]

Pada 14 Februari 2012, permainan Angry Birds membuat penampilan sulung secara rasmi Facebook.[20] Versi ini dilancarkan dengan dua bab dari permainan yang asal, di samping bab "Surf and Turf" (bertema pantai riadah) yang eksklusif. Versi Facebook ini diserikan dengan beberapa ciri-ciri tingkatan kuasa (power up),[20] contohnya: "Super Seeds" membesarkan burung yang dilepaskan, manakala "King Sling" memperkuat lastik supaya mampu melancarkan burung dengan lebih tinggi dan pantas.[20] Tingkatan kuasa ini boleh dibeli dalam permainan atau dihadiahkan sesama rakan-rakan yang turut bermain.[20] "Surf and Turf" akhirnya disertakan dalam versi Angry Birds yang asli, mulai dengan iOS.[31] Pada Mei 2012, Angry Birds Facebook ditukar namanya kepada Angry Birds Friends dan menawarkan ciri baru iaitu "tournament" yang mana pengguna bersaing dengan rakan-rakannya untuk mendapat tempat teratas dalam kejohanan mingguan.[72]

Rujukan

WikiPedia: Angry Birds http://www.3dsfocus.com/2011/02/angry-birds-confir... http://www.abstractiongames.com/news.html http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/12402_... http://www.androidauthority.com/angry-birds-season... http://www.androidcentral.com/angry-birds-here/ http://heikki.angrybirds.com/ http://www.angrybirdsnest.com/2011/03/angry-birds-... http://www.angrybirdspiglantis.com http://appadvice.com/appnn/2010/06/angry-birds-rec... http://itunes.apple.com/us/app/angry-birds-hd/id36...